Friday, December 10, 2010

TAKDIR ILAHI...


Ya Allah...Ampunilah hambamu...Aku bukan mahu menyalahkan takdirmu...tapi aku masih belum boleh menerima takdir tersebut..aku tetap berusaha dari hari ke hari untuk menerima ketentuan ini...walaupun perit untuk aku lalui tapi aku tetap terpaksa mengharunginya juga...kerana aku tahu semua ini ujian Ilahi untuk hambanya. Allah tahu mana yang terbaik untuk hambaNya dan Dia lebih mengetahui segala-galanya...Ya Allah bantulah hambamu ini supaya menerima takdir ini dengan hati terbuka...

Ya Allah jika ini ketentuanmu, tenangkanlah hatiku, timbulkanlah perasan redho yang berpanjangan dalam diri ini...walaupun aku tidak tahu apa hikmah disebalik kejadian ini...tapi aku tahu ada hikmah disebalik kejadian ini...Memang aku diciptakan bukan untuknya..Mungkin aku bukan insan yang terbaik untuknya...aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan dirinya...aku hanya mampu melihat senyumannya dari kejauhan...aku hanya mampu mengukir kegembiraan untuk menyenangkan hatinya...hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan ini dikala ini....tolonglah hambamu ya Ilahi...Semoga Dikau terus memperkuatan diri ini...

Ya Allah...Aku bersyukur kerana dapat mengenalinya...Aku bahagia ketika bersamanya...aku gembira kerana mencintai dan dicintai olehnya...Walaupun masa untuk aku bersamanya hanya seketika...tetapi kenangan terindah ketika bersamanya tetap ada dalam ingatkanku sampai bila-bila...insyaallah....

No comments:

Post a Comment