Friday, December 10, 2010

khas untuk adikku...

Sayang...aku menyayangimu kerana Allah...
Aku menerima ketentuan ini kerana Allah...
Aku juga menerimamu kerana Allah...
Aku selalu mendoakan kebahagianmu...
Aku hanya ingin melihatmu bahagia disamping orang yang kamu sayang...
Itu doa ikhlas dari kakakmu...

Teringat kembali perkenalan kita...
Perkenalan kita secara kebetulan...
Kau menghulurkan salam untuk perkenalan kita...
Aku menerimanya dengan hati terbuka...
Aku bersyukur kerana dapat mengenalimu...
Dikau datang ketika aku kesedihan dikala itu...
Dikau datang memberiku semangat...
Nasihatmu menjadi semangat untukku menerima ketentuan ilahi...
Terima kasih sayang kerana nasihat itu...

Adiku...
Maafkanlah kakakmu jika kehadiran diri ini sebenarnya memberikan beban untukmu...
Bukan itu tujuanku...
Semoga adikku faham situasi kakakmu..
Bukan semua orang yang mengalami situasi ini...
Hanya orang-orang yang mengalami situasi ini yang mampu memahami perasaan kakakmu kala ini...
Maafkan kakak kerana tidak mampu menjaga hatimu...
Maafkan kakak sayang...

Dalam munajatku...aku doakan kebahagiaan adik kesayangku ini...
Aku doakan kegembiraan adikku...
Aku menumpang kegembiraan disaat hari bahagiamu...
Walaupun hati ini berat untuk menerimanya...
Tetapi kerana dikau adikku...aku cuba sedaya upaya untuk menerimanya...
Kerana aku sayang kamu adikku...

Tamparan demi tamparan aku terima dari hari ke hari
Pedih hati ini menerima...
Tapi aku tahu, itu bukan niatmu sayang...
Aku cuba menguatkan diriku...
Kerana aku tahu dikau juga menyayangiku...

Harapanku cuma satu...
Semoga adikku gembira dan bahagia...
Akanku doakan kebahagiaanmu buat selama-lamanya...
Amin...

.:irahsolehah:.

9 Disember 2010
9.00 pm

No comments:

Post a Comment