Friday, December 24, 2010

Pendam...Pendam...& Pendam lagi....


Tak tahulah kenapa dengan diri ini sejak akhir-akhir ni...hampir 8 bulan kejadian itu berlalu...aku runsing memikirkan kejadian itu...sebulan kebelakangan ini yang membuatkan aku bukan lagi aku...puas aku cari cara untuk memulihkannya...tapi hasilnya belum kelihatan...dan kalau diberi pilihan, aku tidak mahu perkara itu berlaku dalam hidupku...masa begitu cepat meninggalkanku...Banyak benda yang difikir, aku tak tahu nak luahkan pada siapa...aku tak tahu nak bercerita pada siapa.. Semua orang tidak memahami apa yang aku hadapi dan perlu hadapi sekarang...Maaf sangat-sangat sebab buat insan-insan yang aku sayang terluka hanya kerana diri ini...Aku cuba buat yang terbaik untuk semua orang disekelilingku...tanpa menghiraukan perasaan sendiri...sebab aku sayang kamu semua....

Aku tidak tahu mengapa...  
Aku tidak tahu mengapa...
Aku sebenarnya sedang menunggu sesuatu...
Tetapi aku sendiri tidak tahu apakah itu...
Bagaimana rumit hatiku, jiwaku sekarang...
Ya Allah, aku tidak tahu mengapa aku merasa seperti ini...
Sila jawab berdoaku Ya Allah...
Sila bantu aku Ya Allah... 

Aku ingin memberi tahu kamu semua apa yang aku rasakan sekarang...tetapi aku tidak boleh...
MENGAPA????
Rase macam nak menangis sorang-sorang je...tapi memang dah nangis pun...huhuhu...Ya Allah....bantulah hambaMu...Aku sangat-sangat memerlukan KAMU sekarang...

.:irah solehah:.

MUHASABAH CINTA


Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir dikidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Aku sangat rindu bertemu denganMu...
 .: irah solehah :.

Sunday, December 12, 2010

Akhwat yang cantik disisi ALLAH

 
WANITA SOLEHAH..



bukan hanya dengan bertudung@berhijab...



bukan jua dengan hanya berpurdah...




tetapi wanita yang cantik di sisi
Allah ialah:


1. melukis kekuatan melalui masalahnya.




2. tersenyum di saat tertekan.



3. tertawa di saat hati sedang menangis.




4. tabah di saat terhina.



5. mempesona kerana memaafkan.



6. mengasihi tanpa meminta balas.




7. bertambah kuat dalam doa & pengharapan illahi.



tapi perasan tak mostly gambar-gambar di atas adalah gambar kartun, 
bukan yang sebenar...^_^

sebabnya...

agak susah untuk kita sebagai manusia melakukannya..
tapi ianya TIDAK MUSTAHIL UNTUK DILAKUKAN

jom kita try buat sama-sama...
insyaallah, kita akan rasa ketenangannya...

PERCAYALAH, ALLAH TIDAK PERNAH JADIKAN SESUATU SIA-SIA.
PASTI ADA HIKMAH DISEBALIK SETIAP SESUATU


.: IRAH SOLEHAH :.

Berlalu pergi...


“Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya…Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya…Hal yang menyedihkan dalam hidup ini adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dalam kehidupan ini dan kita dapati pada akhirnya bahawa tidak demikian seperti yang diimpikan dan perlu melepaskannya berlalu pergi…”

Saturday, December 11, 2010

INSYA ALLAH



Suka sangat dengar lagu Maher Zain...Setiap lirik yang dinyanyikan oleh Maher Zain mempunyai kata-kata yang sangat indah didengar...Antara lagu yang menyentuh hati ini ialah INSYA ALLAH... rangkap pertama lirik ini sangat menarik..Terima Kasih Allah...kerana sentiasa bersamaku dalam apa jua keadaan....

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Cuba bayangkan setiap kali perasaan sedih itu timbul, keliru dengan keputusan yang ingin diambil, memikirkan tindakan-tindakan yang harus dilalui selepas ini...inilah lagu yang sering bermain dibibirku... Maksudnya betul-betul membuat diri ini tenang untuk seketika...

Ya Allah...memang aku rasa aku tidak mampu untuk meneruskan hidup ini...aku terasa sangat begitu kehilangannya, aku terasa aku kini bersendirian, apa yang aku lihat disekelingku gelap dan kelam, aku betul-betul tidak terdaya lagi, puas aku cari cara, tapi sampai kini aku belum menemuinya...Ya Allah bantulah hambaMU, kuatkanlah aku supaya aku tidak mudah putus asa...Ya Allah bantulah aku untuk menemui jalan terbaik untuk diriku, bantulah aku Ya Allah...aku benar-benar mengharapkan bantuanMU.

Ya Allah...Aku tahu KAU tidak pernah jauh dari diri ini, aku menaruh kepercayaan padaMU...Sering aku mengangkat tangan dan berdoa kepadaMU, pandulah langkah-langkahku, dan janganlah biarkan aku tersesat dan tersilap langkah kerana ujian daripadaMU, tunjukkanlah aku jalan itu Ya Allah...

Ikhlas untuk kakakku...



Terima kasih Ya ALLAH...
Kerana mengurniakan aku seorang kakak...
Yang dapat membantuku dikala kesedihan ini..

Kakak...
Terima kasih atas kehadiranmu...
Terima kasih kerana sudi menerimaku sebagai adikmu...
Kehadiranmu telah membawa seribu kebahagian dalam hidupku...
Kerana kamu sangat memahami situasi adikmu…

Kakak..
Aku sayang kamu kerana Allah...
Aku rindu kamu kerana Allah...
Walaupun kita tidak pernah bertemu...
Tetapi ukhuwah kita tetap kukuh bersatu...

Kakak...
Dikala aku kesedihan kau hulurkan bantuanmu...
Dikala aku terluka kau datang menghiburkan aku...
Dikala aku kesorangan kau datang menemaniku...
Terima kasih kakak atas keperihatinanmu...

Ya ALLAH...
Aku mohon padaMU...
Berkatilah hidup kakakku...
Murahkanlah rezekinya...
Permudahkanlah urusannya...
Supaya kakakku antara insan yang terpilih...
Di dunia mahupun akhirat...

Terima Kasih kakak...


Ikhlas dari adikmu: 
.:Irah Solehah:.
11/ 12/2010
9.35pm

Friday, December 10, 2010

KHAS UNTUKMU...



Ya Allah...
Aku mohon padamu...
Panjangkanlah umurnya...
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya...
Terangi hatinya dengan nur pancaran iman...
Tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya...
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan...
Jauhkanlah hatinya pada kejahatan...
Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Allah...
Jangan biarkannya tertatih...
Atau terjatuh dalam perjalanan panjang...
Kerana sesungguhnya aku risau tentang dirinya...

Jika kau halalkan aku merinduinya...
Janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki...
Rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu...
Ya Allah kurniakanlahnya kesenangan...
ketenangan...
kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak...
Amin Ya Rab...

 .:Irah Solehah:.

ALLAH sentiasa bersamaku...



Langit yg cerah tak semestinya memanjang...
Awan yg mendung tak semestinya akan hujan...
Oleh itu persiapkan bekalan untuk hadapi apa saja kemungkinan...
Insyaallah boleh...
ALLAH bersamamu sekarang... ^_^

.:Irah Solehah:.

INSPIRASI HATIKU...


Malam kian larut...tapi mataku tetap tidak boleh dilelapkan...Akhirnya aku mengambil keputusan meneruskan pembacaan buku kegemaranku sambil mendengar lagu-lagu nasyid dilaptop kesayanganku... Buku yang bertajuk ”Masalah Taqdir” tulisan Dr. Abdullah Nashih ’Ulwan sangat menarik minatku...tiba-tiba lagu kumpulan nasyid De Hearty yang bertajuk Inspirasi Hatiku didendangkan... emmmm...segeraku alih tumpuanku pada lirik lagu ini....setiap lirik dihayati satu persatu...memang tak dapat dinafikan, lagu ini sangat sedih, tetapi setiap rangkapnya mempunyai maksud yang tersirat dalam hidupku...Lagu ini hadiah daripada insan yang sangat istimewa dalam hidupku dan aku akan mengingatinya sampai bila-bila..Walau dirimu tiada lagi disisiku..tapi hatiku tetap bersamamu...Semoga ALLAH merahmatimu...

  

INSPIRASI HATIKU

Kasih kaulah inspirasiku...

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu
Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehiduran ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku
Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar
Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya
Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku

.:Irah Solehah:.

khas untuk adikku...

Sayang...aku menyayangimu kerana Allah...
Aku menerima ketentuan ini kerana Allah...
Aku juga menerimamu kerana Allah...
Aku selalu mendoakan kebahagianmu...
Aku hanya ingin melihatmu bahagia disamping orang yang kamu sayang...
Itu doa ikhlas dari kakakmu...

Teringat kembali perkenalan kita...
Perkenalan kita secara kebetulan...
Kau menghulurkan salam untuk perkenalan kita...
Aku menerimanya dengan hati terbuka...
Aku bersyukur kerana dapat mengenalimu...
Dikau datang ketika aku kesedihan dikala itu...
Dikau datang memberiku semangat...
Nasihatmu menjadi semangat untukku menerima ketentuan ilahi...
Terima kasih sayang kerana nasihat itu...

Adiku...
Maafkanlah kakakmu jika kehadiran diri ini sebenarnya memberikan beban untukmu...
Bukan itu tujuanku...
Semoga adikku faham situasi kakakmu..
Bukan semua orang yang mengalami situasi ini...
Hanya orang-orang yang mengalami situasi ini yang mampu memahami perasaan kakakmu kala ini...
Maafkan kakak kerana tidak mampu menjaga hatimu...
Maafkan kakak sayang...

Dalam munajatku...aku doakan kebahagiaan adik kesayangku ini...
Aku doakan kegembiraan adikku...
Aku menumpang kegembiraan disaat hari bahagiamu...
Walaupun hati ini berat untuk menerimanya...
Tetapi kerana dikau adikku...aku cuba sedaya upaya untuk menerimanya...
Kerana aku sayang kamu adikku...

Tamparan demi tamparan aku terima dari hari ke hari
Pedih hati ini menerima...
Tapi aku tahu, itu bukan niatmu sayang...
Aku cuba menguatkan diriku...
Kerana aku tahu dikau juga menyayangiku...

Harapanku cuma satu...
Semoga adikku gembira dan bahagia...
Akanku doakan kebahagiaanmu buat selama-lamanya...
Amin...

.:irahsolehah:.

9 Disember 2010
9.00 pm

TAKDIR ILAHI...


Ya Allah...Ampunilah hambamu...Aku bukan mahu menyalahkan takdirmu...tapi aku masih belum boleh menerima takdir tersebut..aku tetap berusaha dari hari ke hari untuk menerima ketentuan ini...walaupun perit untuk aku lalui tapi aku tetap terpaksa mengharunginya juga...kerana aku tahu semua ini ujian Ilahi untuk hambanya. Allah tahu mana yang terbaik untuk hambaNya dan Dia lebih mengetahui segala-galanya...Ya Allah bantulah hambamu ini supaya menerima takdir ini dengan hati terbuka...

Ya Allah jika ini ketentuanmu, tenangkanlah hatiku, timbulkanlah perasan redho yang berpanjangan dalam diri ini...walaupun aku tidak tahu apa hikmah disebalik kejadian ini...tapi aku tahu ada hikmah disebalik kejadian ini...Memang aku diciptakan bukan untuknya..Mungkin aku bukan insan yang terbaik untuknya...aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan dirinya...aku hanya mampu melihat senyumannya dari kejauhan...aku hanya mampu mengukir kegembiraan untuk menyenangkan hatinya...hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan ini dikala ini....tolonglah hambamu ya Ilahi...Semoga Dikau terus memperkuatan diri ini...

Ya Allah...Aku bersyukur kerana dapat mengenalinya...Aku bahagia ketika bersamanya...aku gembira kerana mencintai dan dicintai olehnya...Walaupun masa untuk aku bersamanya hanya seketika...tetapi kenangan terindah ketika bersamanya tetap ada dalam ingatkanku sampai bila-bila...insyaallah....

DOAKU UNTUK YANG TERSAYANG...


Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cinta-Mu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahaya-Mu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi, bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami 
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal pada-Mu
Hidupkan dengan ma'rifat-Mu
Matikan dalam syahid di jalan-Mu
Engkaulah pelindung dan pembela


.: Irahsolehah:.




Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."

Thursday, December 9, 2010

Redho Dengan Ketentuan Ilahi


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu, tak siapa pinta

ujian bertamu…

Bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir terimalah dengan hati terbuka
walau tersiksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
setiap kali ujian menjelma
itu jelas membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
rintihanmu berpanjangan

bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
segala ujian diberi

Moga bersyukurlah selalu…..


Demikian petikan nasyid Rahmat Ujian nyanyian Mestica, benarlah, kadang-kadang apa yang ditakdirkan Tuhan pada kita itu kita rasakan pahit dan tidak memenuhi apa yang kita impi-impikan. Namun, Maha Suci Allah, disebalik kepahitan itu sebenarnya ada rahmat yang tersembunyi. Sama ada kita menyedari atau tidak, itu bergantung pada tahap iman kita dan kesabaran kita. Kalau kita gagah dan tabah menghadapinya, sentiasa berbaik sangka dengan Allah, redha dengan setiap keputusan yang Allah tetapkan pada kita walaupun pahit untuk kita menerimanya, insyaAllah Allah akan menyayangi kita kerana kita bersabar di atas ujianNya.

Sebaliknyanya, jika kita tak mampu walaupun kita tahu ia ketetapan Allah dan itulah yang terbaik untuk kita, kita akan mula diambil kesempatan oleh syaitan untuk buruk sangka dengan Allah. Nauzubillah. Yang pasti, bila kita asyik memikirkan kenapa dan mengapa Allah tentukan begini, kenapa tidak begitu, kita akan tersesat jalan dan nafsu dan syaitan akan mendorong kita melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Natijahnya, kebahagiaan yang cuba kita cari sendiri dengan tidak redha dengan ketetapan Allah pada kita sebenarnya adalah musibah dan bala yang akan menimpa hidup kita.
 
Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dan kepahitan dan penderitaan ini hanyalah seketika cuma, dunia adalah persinggahan dan tempat untuk menguji manusia. Kebahagiaan yang haqiqi adalah diakhirat sana…..kepahitan didunia diiringi dengan kesabaran akan menjanjikan kebahagiaan disana, sebaliknya kepahitan dan secebis penderitaan didunia diiringi dengan kelalaian pada Tuhan dan melakukan perkara yang mengundang kemurkaannya akan menjanjikan azab akhirat yang terlalu pedih.



Segenggam Tabah (In-Team)

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu  
Derita buatmu ada hikmahnya

Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Kesimpulannya, apa yang menimpa kita hari ini dan apa yang Allah telah tetap dan takdirkan untuk kita adalah apa yang kita usahakan sebelumnya, sesungguhnya bukan Allah yang berlaku zalim pada kita tetapi kitalah yang menzalimi diri kita sendiri dengan dosa-dosa dan menderhakai Allah SWT. Datangnya ujian dan sesuatu yang pahit buat kita, adalah peringatan dari Allah SWT dan tanda kasih sayangnya untuk kita sedar dari kesilapan yang pernah kita lakukan……

post by: maghfirah.wordpress.com